malam ini saya nak berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat
tipss sebagai pengacaraan dalam konteks tak pernah lagi menjadi pengacara dan disuruh pula menjadi pengacara.. kiranya bidan terjun lah..
apa pun saya dapat dari laman blog ini yang cukup bagus untuk di kongsi.. harap tuan punya blog boleh izinkan..
ini rujukan artikel ini... jom baca..
Sumber Asal: Tips Pengacaraan Sebuah Majlis | 7 Panduan Untuk Si Bidan Terjun http://www.hasrulhassan.com/2012/04/tips-pengacaraan-sebuah-majlis-resam.html#ixzz2F8RZOZ7V
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook
inilah detik saya menjadi pengacaraan dan sekaligus menajdi duta tupperware untuk perkenalkan tupperware di karnival tupperware di Mid valey 2011As-Salam.Apabila anda terpilih buat pertama kali untuk menjadi seorang pengacara majlis, tentulah anda akan berasa sesat jalan, kerana anda tiada pengalaman dalam bidang berkaitan. Dek kerana itulah, ada yang pertama kali menjadi pengacara majlis jadi kaku di pentas.Bagaimana boleh menjadi seorang pengacara yang baik, walaupun baru pertama kali menerima tugasan tersebut? Cara paling mudah dan berkesan, ialah belajar daripada seseorang yang telah punyai pengalaman luas dalam bidang tersebut.Tetapi, adakala dan ketikanya, anda tidak dapat berguru, kerana kemungkinan anda hanyalah seorang pengacara bidan terjun. Jikakalau begitu, cubalah tips-tips berikut, agar tak nampak sangat anda tu seorang pengacara bidan terjun atau tangkap muat.Ketahui Tatacara Panggilan Hormat Yang BetulAnda perlu tahu siapa tetamu-tetamu kehormat yang akan datang, dapatkan nama penuh dan apa juga pangkat dan gelaran yang ada. Siap sedia dengan satu senarai lengkap, penuh dengan gelaran, pangkat serta jawatan tetamu tersebut. Periksa kembali senarai tetamu apabila majlis hampir bermula. Tak perlu ucap selamat kepada mereka yang tidak hadir. Anda boleh rujuk entri ini untuk panggilan hormat: Tatacara Panggilan HormatKetahui Motif, Tujuan, Sebab Majlis DiadakanSebaik anda membuka mulut untuk memulakan majlis, anda perlu faham tentang tujuan majlis diadakan, bukan sekadar tajuk majlis sahaja. Anda mesti faham mengapa ianya diadakan, dan kenapa tetamu kehormat yang dijemput itu perlu hadir - relevannya dia dengan majlis tersebut.Jangan Berpakaian Terlalu Menyerlah Daripada TetamuApabila anda menjadi pengacara majlis, anda harus tahu bahawa anda sebenarnya bekerja di belakang tabir, maka tidak perlulah terlalu melawa atau berpakaian terlalu menyerlah. Cukup mengikut protokol majlis.Mengetahui Perjalanan MajlisAnda perlu pastikan anda faham perjalanan majlis yang diadakan mengikut turutan. Catitkan siapa yang bertanggungjawab bagi setiap turutan acara itu.Jangan Syok SendiriKadangkala pengacara majlis cuba untuk menceriakan suasana, tetapi mungkin kerana audiens yang ada tidak selari dengan pemikiran anda, apa yang anda lakukan hanyalah menjadikan diri anda sebagai objek bahan lawak. Pastikan anda tidak terlalu berlebihan dalam soal menceriakan keadaan.Cepat Akui KesilapanAndai berlaku kesilapan, anda sebagai 'antara-muka' majlis perlu cepat memohon maaf kepada tetamu. Jangan sampai mereka mengetahui kesilapan terlebih dahulu daripada anda, dan paling buruk mengetahui punca kesilapan tersebut. Jangan ego, permohonan maaf perlu untuk menunjukkan bahawa anda seorang yang merendah diri dan sanggup menerima teguran.Akhiri Sesuatu Dengan Senyuman Dan Ucapan Terima KasihBerterima kasihlah kepada mereka yang sanggup mendengar kata-kata anda di pentas. Berterima kasihlah kepada tetamu yang sudi hadir. Berterima kasihlah pada mereka yang telah menjalankan tugasan dengan baik agar majlis berjalan sempurna.
inilah gambar saya menjadi juru acara bagi program penerima kereta yang sangat berbeza dan kena spontan.. ini juga mencabar..
No comments:
Post a Comment