Juru Acara Majlis

Juru Acara Majlis
Juru Acara Majlis

Monday, 17 December 2012

Tawaran HEBAT - Kursus Asas Pengacaraan

salam semua..
untuk anda yang masih tercari - cari penceramah yang boleh membantu anda dalam pengacaraan. kami sedia membantu. kami sedia diundang untuk memberi ceramah berkenaan dengan "Pengacaraan" dan ia adalah PERCUMA.

ini adalah kerana kami ingin membuka tahun 2013 dengan satu usaha dan program yang memberi manfaat kepada anda yang mahu memantapkan ilmu pengacaraan. kami buka tawaran ini hanya kepada golongan pelajar sekolah, pelajar IPT , kakitangan kerajaan dan agensi swasta juga yang mana berminat. jemput dan undang kami ke tempat anda.. dan kami akan berikan dan kongsikan ilmu pengacaraan ini dengan sebaiknya.

boleh hubungi saya NoorhisyamRazali - 012-3993947


Saturday, 15 December 2012

Tips "Jangan Buat bila jadi pengacara"

salam..
tertarik dengan post dari blog ini.. yang boleh juga dijadikan rujukan..
jom baca


blog ini bagus untuk dibaca  : penulis - fareed
http://siputgewang.blogspot.com/2011/04/tips-peringatan-kepada-juruacara-majlis.html
Amanah menjadi seorang juruacara / pengacara sesebuah majlis; ibarat anda diberikan stereng untuk memandu sebuah bas yang penuh dengan pelancong. Para 'pelancong' @ audiens tahu akan destinasi hala tuju 'bas' tetapi mereka tidak tahu what to expect sepanjang perjalanan. Mereka cuma tahu yang 'indah-indah' dan smooth. Tahniah sekiranya anda dipilih menjadi seorang juruacara / pengacara! All the cameras & eyes are YOURS! Tapi AWAS, jangan sama sekali anda melakukan perkara-perkara berikut !

1. Menyatakan @ memberitahu audiens pada awal majlis "Saya minta maaf kerana saya KURANG BERSEDIA. Kurang sihat..bla bla bla..sakit tekak..bla..bla suara tiada..x cukup tidur..bla..bla..SAYA TERPAKSA MENGGANTI ORANG."
 - Audiens @ orang ramai hanya menjangkakan yang terbaik daripada anda. So? Try your best bebeh! Anda menjatuhkan kredibiliti anda sebelum anda mencuba. Orang yang memberikan tugas kepada anda itu sebenarnya TIDAK BUTA. Orang tahu menilai kemampuan anda. Sekiranya anda mempunyai masalah sakit tekak / suara 'tidur', orang pasti memahami keadaan anda. Jika situasi begini berlaku, tiada salahnya anda meminta digantikan. Orang atasan / ketua / penganjur pasti memahami. Kan :)

2. Tona / intonasi yang kedengaran dibuat-buat!
- Selalu berlaku dalam kalangan juruacara wanita / perempuan. Tona dan nada suara yang sengaja dilunakkan & kedengaran terlalu 'beralun'. Hilang tona semulajadi dan 'mood' BERSAHAJA TETAPI BERTENAGA'  juga terjejas. Ada yang kedengaran 'over' dan mengada-adakan nada suara. INGAT, ada audiens @ pendengar @ pemerhati yang 'penat' apabila mendengar suara juruacara yang seolah-olah mengambil terlalu banyak 'tenaga'. Tenang dan pastikan turun-naik suara sentiasa sesuai mengikut situasi. Kalau part yang mengumumkan kejutan @ pemenang sesuatu pertandingan pun dia bantai nada macam orang berpantun bermadah2..lemaslah samdol oiiii.. AWAS! Lelaki pun ada! Kalau juruacara lelaki ada yang buat begini, memang ponenlah itu.. Agak2 ya?

3. Jangan pinjam suara orang lain.
- Manusia memang suka meniru. Admit it but please, jangan 'pinjam' style suara orang lain especially meniru style mereka-mereka yang established dalam bidang ini. Kesannya? Anda akan kedengaran janggal dan sama seperti no.2 di atas - Mengada-ada. Mungkin suara anda 'kurang sedap' tetapi originaliti itu lebih penting, kan. Seperti kata Kak Gee - Fauziah Latiff idolaku - 'create your own style'. Ingat, penganjur @ pihak atasan tidak akan melantik anda sebagai pengemudi sesebuah majlis jika suara anda tidak sedap. Suara yang 'sedap' @ lunak itu satu bonus; jika tidak, kemahiran bermain dengan nada dan intonasi akan membantu anda untuk mengatasi kekurangan rasa sedap suara anda. Be yourself :)

4. Tidak bersedia / tiada teks / catatan / cue cards.
- Sehebat mana pun anda, MENYEDIAKAN TEKS / CUE CARDS untuk mengemudi sesebuah majlis itu adalah AMAT penting. Sama ada anda menjadi bidan terjun @ juruacara asal yang dipilih / diupah, pastikan ada teks. Teks penting untuk membimbing anda supaya tidak hanyut @ 'termerepek' yang akan menyebabkan anda kelihatan 'bodoh'. Dalam majlis-majlis yang tidak formal pun (seperti majlis sambutan hari lahir) sekurang2nya anda mesti ada catatan @ contengan sebagai garis asas. Ingat, MANUSIA ITU SALAH SATU SIFAT SEMULAJADINYA IALAH? MUDAH LUPA. Orang yang telah berpuluh tahun @ cari makan dengan bidang ini pun boleh buat silap, inikan pula saya atau mungkin anda yang mungkin baru diberi kepercayaan. Sekiranya anda telah biasa @ otai dalam bidang ini, jangan pandang mudah tentang teks. TIADA RUGINYA anda menyediakan teks. Jika tiba2 anda pengsan @ kecemasan dipertengahan majlis, teks anda itu menjadi amat berguna untuk si pengganti anda! TEKS PENGACARAAN / CUE CARDS + JURUACARA = PELAKON + SKRIP.

5. Kebersihan & keceriaan penampilan.
- Semua orang sukakan kebersihan. Menjadi juruacara majlis bermakna semua mata akan bertumpu kepada anda. Penampilan dan perawakan mesti diambil berat. Pastikan tiada cili @ daun sup melekat di celah gigi. Mutiara kuning penghias mata tu please rajin2lah cek. Tiada salahnya anda membawa sekeping cermin kecil untuk memeriksa mana2 bahagian yang patut. Bagi lelaki, pastikan bulu2 di kepala (rambut) dan di bahagian muka dijaga rapi. Minimakan cela @ kecacatan pada wajah. Dapatkan khidmat nasihat mereka yang pakar - jurusolek @ dentist @ stylist dan sesiapa sahaja yang boleh membantu anda tampil lebih menarik - JIKA MAMPU, APA SALAHNYA? Jika sebaliknya, ikut apa yang terdaya. Simplysiti ada jawabnya. *Hype! Kahkahkah!

6. Ego!
- Biasalah tu, biasanya manusia ni tidak suka dikritik. So? Untuk meminimumkan % membuat kesilapan semasa majlis, banyak baiknya jika kita meminta bantuan / merujuk dengan rakan2 @ mereka yang lebih senior dan berpengalaman terutamanya dalam aspek bahasa. Kadangkala kita ini terlalu advance - habis diselongkarnya @ terkeluar semua perkataan2 bombastik zaman2 Za'ba. Tidak salah menggunakan perkataan yang canggih2 ni tetapi mesti diingat siapa audiens kita? Level / tahap pemikiran mereka? Jika majlis itu ialah 'MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN UNTUK PENDUDUK-PENDUDUK ORANG ASLI KAMPUNG XYZ', xkan la sesuai hendak menggunakan perkataan-perkataan / istilah yang biasa digunakan dalam majlis ilmiah. MINTA AJAR / PENDAPAT daripada mereka yang lebih senior. Insya Allah, ada ganjarannya. Merendah diri itu akan mengangkat darjat dan martabat berlipat kali ganda. Berguru. Jangan hanya mengharap bacaan daripada buku. Kelak sesat macam? Ya, H.A.N.T.U.

7. Jangan Syok Sendiri.
- Syok sendiri maksudnya anda tidak mempedulikan reaksi audiens / penonton / tetamu. Kadangkala, suasana yang agak mendatar perlu 'diubah'. Cuba nyatakan sesuatu yang ada kaitan dengan majlis @ audiens. Ini boleh dilakukan apabila audiens mula kelihatan resah / gelisah setelah sesi ucapan yang berjela. Kalau majlis hiburan yang menyanyi2 pun orang akan bosan andai persembahan kurang menarik, inikan pula majlis formal @ rasmi yang 'membunuh'. So, be smart dan pandai2lah. Latihan, pengalaman dan pemerhatian yang berterusan akan menjadi pedoman buat kita. Pernah terasa kecil hati @ seperti tidak dipedulikan oleh audiens? Haha, tepuk kepala, cuba ingat. 

Aku malas mau menaip panjang2. So aku ringkaskanlah.

8. Jangan mengesip gula2 @ menyimpan gula getah dalam mulut semasa anda sedang mengacarakan majlis. Hodoh okay! Macam samseng negro punya style!
9. Senyum mengikut keadaan. Percayalah, semua orang sukakan senyuman tapi jangan senyum meleret2, senyum sekilas sudah cukup utk jadi lebih menarik.
10. Kawalan mikrofon. Ada orang yang bersuara nyaring dan ada yang mempunyai suara jenis tenggelam / deeper tone. So, agak2 @ pandai2lah kawal jarak mikrofon. Sama ada akan jadi bingit atau tidak jelas sebutan anda!
11. Ya, sebut tentang SEBUTAN. Pernah dengar mereka yang bercakap seperti 'mengunyah' perkataan? Sedangkan FARA FAUZANA sendiri pun adakalanya bercakap seperti kurang jelas semasa mengacarakan / menghoskan RANCANGAN MELODI. Bercakap terlalu cepat dan sebutan setiap patah perkataan kurang jelas. Walaupun  itu rancangan hiburan bersifat santai tetapi penyampaian sebutan mesti jelas.

BELAJAR dan SENTIASA BELAJAR. Sehebat mana pun kita, setiap kali mendapat amanah / tugasan..tidak kira khidmat percuma @ mendapat bayaran, belajarlah daripada kesilapan dan pengalaman. Hormati senior-senior anda @ orang lama. Ambil apa2 yang baik daripada mereka. Improvisekan. Buat kerja dengan senang hati. Jangan mudah melatah @ emo @ sentap dengan teguran. Ambil positif dan tidak salah jika anda nyatakan pendapat @ pendirian anda. Yang BENAR MESTI MENANG, bukan?

*Suara pengacara yang sedap didengar - Ahmad Tarmimi Siregar. Zaman mudanya dulu selalu menghoskan rancangan-rangcangan di RTM.
*Suara latar iklan yang high in quality - Ramly Abu Bakar (ingat lagi iklan Cornetto dulu2?)


 pengacara di Brunei sangat bagus .. tak menonjolkan diri..
yang hanya ada dihadapan hanyalah VIp sahaja.
pengacara di belakang dan suaranya pula kadangkala tak tahu dari mana datangnyer.. misteri sikit.. heheheh



Tips Pengacaraan

salam semua..
malam ini saya nak berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat
tipss sebagai pengacaraan dalam konteks tak pernah lagi menjadi pengacara dan disuruh pula menjadi pengacara.. kiranya bidan terjun lah..

apa pun saya dapat dari laman blog ini yang cukup bagus untuk di kongsi.. harap tuan punya blog boleh izinkan..


ini rujukan artikel ini... jom baca..


Sumber Asal: Tips Pengacaraan Sebuah Majlis | 7 Panduan Untuk Si Bidan Terjun http://www.hasrulhassan.com/2012/04/tips-pengacaraan-sebuah-majlis-resam.html#ixzz2F8RZOZ7V
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

As-Salam.
Apabila anda terpilih buat pertama kali untuk menjadi seorang pengacara majlis, tentulah anda akan berasa sesat jalan, kerana anda tiada pengalaman dalam bidang berkaitan. Dek kerana itulah, ada yang pertama kali menjadi pengacara majlis jadi kaku di pentas.

Bagaimana boleh menjadi seorang pengacara yang baik, walaupun baru pertama kali menerima tugasan tersebut? Cara paling mudah dan berkesan, ialah belajar daripada seseorang yang telah punyai pengalaman luas dalam bidang tersebut.

Tetapi, adakala dan ketikanya, anda tidak dapat berguru, kerana kemungkinan anda hanyalah seorang pengacara bidan terjun. Jikakalau begitu, cubalah tips-tips berikut, agar tak nampak sangat anda tu seorang pengacara bidan terjun atau tangkap muat.

Ketahui Tatacara Panggilan Hormat Yang Betul
Anda perlu tahu siapa tetamu-tetamu kehormat yang akan datang, dapatkan nama penuh dan apa juga pangkat dan gelaran yang ada. Siap sedia dengan satu senarai lengkap, penuh dengan gelaran, pangkat serta jawatan tetamu tersebut. Periksa kembali senarai tetamu apabila majlis hampir bermula. Tak perlu ucap selamat kepada mereka yang tidak hadir. Anda boleh rujuk entri ini untuk panggilan hormat: Tatacara Panggilan Hormat

Ketahui Motif, Tujuan, Sebab Majlis Diadakan
Sebaik anda membuka mulut untuk memulakan majlis, anda perlu faham tentang tujuan majlis diadakan, bukan sekadar tajuk majlis sahaja. Anda mesti faham mengapa ianya diadakan, dan kenapa tetamu kehormat yang dijemput itu perlu hadir - relevannya dia dengan majlis tersebut.

Jangan Berpakaian Terlalu Menyerlah Daripada Tetamu
Apabila anda menjadi pengacara majlis, anda harus tahu bahawa anda sebenarnya bekerja di belakang tabir, maka tidak perlulah terlalu melawa atau berpakaian terlalu menyerlah. Cukup mengikut protokol majlis.

Mengetahui Perjalanan Majlis
Anda perlu pastikan anda faham perjalanan majlis yang diadakan mengikut turutan. Catitkan siapa yang bertanggungjawab bagi setiap turutan acara itu.

Jangan Syok Sendiri
Kadangkala pengacara majlis cuba untuk menceriakan suasana, tetapi mungkin kerana audiens yang ada tidak selari dengan pemikiran anda, apa yang anda lakukan hanyalah menjadikan diri anda sebagai objek bahan lawak. Pastikan anda tidak terlalu berlebihan dalam soal menceriakan keadaan.

Cepat Akui Kesilapan
Andai berlaku kesilapan, anda sebagai 'antara-muka' majlis perlu cepat memohon maaf kepada tetamu. Jangan sampai mereka mengetahui kesilapan terlebih dahulu daripada anda, dan paling buruk mengetahui punca kesilapan tersebut. Jangan ego, permohonan maaf perlu untuk menunjukkan bahawa anda seorang yang merendah diri dan sanggup menerima teguran.

Akhiri Sesuatu Dengan Senyuman Dan Ucapan Terima Kasih
Berterima kasihlah kepada mereka yang sanggup mendengar kata-kata anda di pentas. Berterima kasihlah kepada tetamu yang sudi hadir. Berterima kasihlah pada mereka yang telah menjalankan tugasan dengan baik agar majlis berjalan sempurna.

inilah detik saya menjadi pengacaraan dan sekaligus menajdi duta tupperware untuk perkenalkan tupperware di karnival tupperware di Mid valey 2011


 inilah gambar saya menjadi juru acara bagi program penerima kereta yang sangat berbeza dan kena spontan.. ini juga mencabar..

Friday, 14 December 2012

Selamat Datang Ke Blogspot "Juru Acara Majlis"

Salam

Hari ini, hari istimewa.. saya telah menghasilkan blogspot yang cukup mengetengahkan bakat saya dalam pengacaraan.

setalah 2 tahun saya membuat kursus dan bengkel secara tertutup, kali ini saya nak memberi anda diluar sana untuk berkomunikasi dan bertukar fikiran didalam blog ini.

blog ini juga merupakan platform kepada saya untuk menyalurkan aktiviti saya memandangkan setiap minggu sudah ada majlis yang saya pengerusikan atau MC (master of ceremony). jadi blogspot ini akan memberi peluang pada anda yang mencari cari juru acara untuk perkahwinan dan juga majlis rasmi

saya akan memberikan perkhidmatan yang insyallah memuaskan hati dengan sedikit charge perkhidmatan dan bakat yang sangat berpatutan.

diharapkan komen dan pandangan anda akan memajukan bidang yang saya akan beri fokus dan tumpuan ini.

untuk anda yang ingin hubungi saya .. sila hubungi 012-399 3947 - Syamputra Razali

inilah saya

 semasa di Soeul , KOREA

 juru acara sukaneka dan hari keluarga

 saya menjadi penceramah untuk bengkel pengacaraan

 menjadi pengacara semasa perasmiaan aktiviti 5S di KKTM Petaling Jaya

 Menjadi Pengacaraan untuk Party Tupperware di Rumah Kak Dah di Nibong Tebal. Pulau Pinang

Menjadi juru acara majlis rasmi